Monday, May 28, 2007
bahagia dan derita
Sememangnya setiap manusia di muka bumi ini pastinya tidak terlepas dari situasi bahagia dan derita. Saya yakin tiada manusia yang hidupnya sentiasa berada di dalam kebahagiaan dan kegembiraan. Apabila kesedihan mengunjungi kita, hanya doa yang menjadi harapan kita. Sebagai hamba Allah kita perlu yakin pada qada dan qadarNya. Sesungguhnya setiap apa yang berlaku pada kita ada hikmah disebaliknya. Seharusnya kita bersyukur kerana setiap dugaan dan ujian yang datang kepada kita membuktikan bahawa Allah sayang kepada kita kerana Dia tidak pernah membiarkan kita sendirian. Dugaan yang telah kita lalui akan mematangkan kita dalam mengharungi kehidupan. Dengannya juga kita tidak akan alpa apabila kebahagiaan kembali kepada kita. Kita akan sentiasa sedar bahawa kehidupan di dunia tidak semudah yang kita sangka dan tidak boleh diremehkan. Setiap manusia yang mengalami musibah akan kembali memohon petunjuk Allah. Allah tidak pernah berjanji bahawa kehidupan di dunia ini mudah, tetapi Allah telah berjanji akan sentiasa bersama-sama dengan hambaNya dalam menghadapi kehidupan yang sukar ini jika kita bersabar dan pasrah kepadaNya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Insyaallah sentiasa lah kita berdoa agar dikuniakan kebahgaian di dunia dan akhirat.
MHA/2007
Post a Comment